Tuesday, November 2, 2010

SINOPSIS MENGIKUT BAB
NOVEL JERIJI KASIH


BAB 1
Watak-watak : Anuariza, Azuera, Nek Siah
Latar     : Tempat - Di rumah Solehah  
               Masa  -  pagi
           
Anuariza bercadang mengambil asam kelubi yang dipetiknya pada pagi semalam. Keinginannya dihalang oleh ibunya kerana hujan lebat sepanjang malam menyebabkan laluan ke belukar dilanda banjir.  Namun begitu, selepas solat subuh Anuariza ingin meneruskan hasratnya. Adiknya, Azuera, mengingatkan tentang larangan ibunya. Tidak lama kemudian Nek Siah muncul untuk melawat Anuariza yang demam pada hari sebelumnya. Nek Siah melarang Anuariza keluar mengambil buah kelubi. Nek Siah menjemput Anuariza ke rumahnya. Anaknya Syed Mustafa akan mengadakan majlis kenduri kesyukuran


BAB 2
Watak-watak : Anuariza, Azuera, Nek Siah, Syed Mustafa, Syarifah Farisya, Solehah
Latar     : Tempat - Di rumah baru Syed Mustafa 
               Masa  -  Malam, selepas majlis kesyukuran keluarga Syed Mustafa
              
Selepas selesai majlis kesyukuran, Anuariza berbual-bual dengan keluarga Syed Mustafa di ruang tamu. Manakala Azuera dan ibunya Soleha sibuk membasuh dan mengemas pinggan mangkuk. Kemudian Azuera menghidang minuman dan dibantu oleh Syarifah Farisya.  Permintaan Syed Mustafa supaya Anuariza memberi tuisyen kepada kedua-dua anaknya – Syarifah Farisya dan Syed Fariz – tidak dapat ditolaknya. Syed Mustafa turut meminta Anuariza membantunya mengubah sikap Syed Fariz. Anuariza agak terkejut apabila Syed Mustafa ingin mengikutnya mengambil asam kelubi. Syed Mustafa sempat menyatakan pengalamannya semasa tinggal di kampung dahulu.


BAB 3
Watak-watak : Anuariza, Syed Mustafa
Latar     : Tempat – kawasan paya di Changkat
               Masa  -  pagi berlanjutan hingga lewat tengah hari
              
Anuariza mengeluarkan longgokan asam kelubi yang ditinggalkan di paya. Anuariza menjelaskan tentang hal dirinya yang sebenar serta menceritakan kegigihan ibunya kepada Syed Mustafa yang menemaninya. Mereka menikmati makan tengah hari yang dibekalkan. Selepas menunaikan solat zuhur secara berjemaah, Anuariza dan Syed Mustafa membawa buah asam kelubi keluar merempuh anak paya separas pinggang. Dalam perjalanan pulang mereka berdua berbual tentang hal-hal hidupan hutan serta hal-hal berkaitan dengan syariah dan akidah. Syed mustafa mengagumi akan keupayaan Anuariza menjawab soalan-soalan tentang ajaran sesaty ang dikemukakannya.


BAB 4
Watak-watak : Anuariza, Syed Fariz, Solehah, ibu kandung Anuariza
Latar     : Tempat – Rumah Syed Mustafa/ Di rumah Solehah
               Masa  -  petang/malam
              
Petang itu Anuariza memulakan tugas memberi tuisyen di rumah Syed Mustafa. Namun Syed Mustafa telah memberi bayaran penuh sebulan meskipun ditolak oleh Anuariza. Syed Fariz tidak turun mengikuti kelas tuisyen. Anuariz bertemu dengan Syed Fariz di biliknya. Perbualan mereka berkisar tentang penghijrahan ke desa tersebut. Sye Fariz sempat melahirkan kekesalan terhadap bapanya yang dianggap sebagai punca kematian ibunya. Ketika termenung selepas solat Isya, Anuariza terkenang peristiwa penyerahan dirinya kepada Solehah oleh kedua-dua ibunya semasa kecil dahulu. Kira-kira pukul 12.30 malam, dia turun untuk memproses buah-buah kabung yang berada di pelantar setelah dibakar pada petangnya bersama-sama Syed Mustafa. Solehah muncul membantu Anuareza sambil melayan anaknya berbual-bual.



BAB 5
Watak-watak : Anuariza, Azuera, Syarifah Farisya dan Syed Fariz
Latar     : Tempat – Di sekitar anak sungai hujung kampung
               Masa  -  pagi
              
Anuariza, Azuera, Syarifah Farisya dan Syed Fariz pergi bersantai di tepi anak sungai yang terletak di hujung kampung. Azuera bermain air dengan Sayrifah Farisya. Syarifah Farisya menikmati suasana segar dan indah di kawasan yang masih belum tercemar itu. Azuera menjelaskan bahawa dia pernah tinggal di sebuah pondok yang didirikan di dusun Tuk Syed. Keluarganya berpindah ke sebelah rumah Nek Siah setelah rumah mereka di hempap pokok durian. Syed Fariz terus menyendiri tanpa memperdulikan sesiapa. Kedua-dua gadis itu kemudian mendekati Anuariza yang asyik melukis pemandangan di situ.  Syarifah Farisya mengagumi kebolehan Anuariza yang merupakan pelukis mural di dinding sekolah dan pemandangan di bilik Syarifah Farisya.


BAB 6
Watak-watak :   Azuera, Syarifah Farisya, Syed Fariz, Nek Siah, Cikgu Borhan Suhaiza,  Azizul Hafis, Miskinah dan Ruzaidi Ishak – Rakan sekelas Syed Fariz
Latar     : Tempat – SMK Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan& di rumah
               Masa  -  pagi hingga tengah hari
           
Syarifah Farisya dan Syed Fariz berulang alik ke sekolah bersama-sama Azuera. Syed Fariz ditempatkan di Tingkatan Tiga Bestari. Selepas dua minggu, Syed Fariz menghilangkan diri dari kelas selepas waktu rehat. Cikgu Borhan cuba mengesan melalui rakan-rakannya tetapi gagal. Ruhaiza, teman sekelas Syed Fariz, memberitahu hal tersebut kepada Azuera. Azuera agak hairan apabila  Syarifah Farisya bersikap selamba menerima berita tersebut. Sebaliknya dia meminta Azuera merahsiakan hal tersebut. Sesampainya di rumah, Syariah Farisya memeriksa laci Syed Fariz dan terkejut apabilan menemukan sekotak rokok.  Dia memberi pelbagai alasan apabila Nek Siah muncul didalam bilik.


BAB 7
Watak-watak :      Syed Fariz, Ruhaiza, Ckgu Suhaimi dan Siti Baizura (Murid T3 Jaya)
Latar     : Tempat –   SMK Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan
                              Bilik Kaunseling & Tandas
               Masa  -  pagi hingga tengah hari
              
Setelah dua bulan, Syed Fariz mula menjadi tumpuan. Dengan kerjasama Lily Suriani, dia membawa budaya samseng dan ugut di sekolahnya dan dianggap sebagai ketua kumpulan. Syed Fariz mendendami Ruhaiza yang membocorkan rahsia aktivitinya kepada Azuera. Suatu hari Ruhaiza dipanggil oleh Cikgu Suhaimi kerana terlibat dalam pergaduhan kecil dengan Syed Fariz dan Lily Suriani. Cikgu Suhaimi menekan Ruhaiza supaya menceritakan kejadian sebenar. Ruhaiza difitnah mencintai Syed Fariz serta dituduh  cemburu terhadap hubungan rapat antara Lily Suriani dengan Syed Fariz. Setelah menceritakan segala kejadian dan punca pekelahian, dia diminta meninggalkan bilik kaunseling. Melalui seorang teman, Baizura, Ruhaiza mengetahui bahawa fitanah tersebut sengaja dirancang dan disebarkan oleh Syed Fariz dan anggota kumpulannya.


BAB 8
Watak-watak :      Anuariza, Syed Fariz, Syarifah Farisya, Azuera dan Nek Siah
Latar     : Tempat –   Di rumah Syed Mustaffa
               Masa  -  malam
              
Anuariza semakin bimbang dengan perubahan anak-anak Syed Mustaffa. Syed Farid terus menyisishkan diri. Anuariza bertemu Syed Fariz di biliknya. Sayed Fariz melahirkan kekesalannya terhadap peraturan-peraturan sekolah yang mengongkongnya.  Dia enggan mengikuti kelas tuisyen kendalian Anuariza. Anuariza cuba mengorek rahsia sebenar masalah Syed Fariz daripada Syarifah Farisya. Selain menghisap rokok yang  sememangnya menjadi tabiat semasa tinggal di bandar, Syarifah Farisya juga menceritakan tingkah laku negatif  adiknya di sekolah barunya. Mereka mengambil keputusan untu merahsiakan perkar tersebut terlebuh dahulu.



BAB 9
Watak-watak :      Ruhaiza, Cikgu Syakinah (kaunselor sekolah)
Latar     : Tempat –   Bilik kauseling sekolah
               Masa  -  petang
              
Ruhaiza bertemu kaunselor sekolah, Cikgu Syakinah untuk mendapatkan nasihat serta mencurahkan perasaannya yang mengganggu ketenangannya. Dia juga menceritakan punca serta kejadian sebenar tentang perkelahiannya dengan Syed Fariz dan Lili Suriani. Dia semakin bimbang dengan fitnah yang tersebar yang mengaitkannya dengan Syed Fariz. Ruhaiza juga melahirkan perasaannya yang sebenar terhadap Syed Fariz dan masalah-masalah yang ditimbulkan Syed Fariz serta kawan-kawannya di sekolah. Perbuatan buruk Syed fariz serta ahli kumpulannya di luar juga didedahkan. Ruhaiza turut melahirkan kerisauannya dalam menghadapi PMR.


BAB 10
Watak-watak :      Ruhaiza, Cikgu Syakinah (kaunselor sekolah)
Latar     : Tempat –   Bilik kauseling sekolah
               Masa  -  petang
              
Syed Mustafa pulang seketika ke kampung untuk menjenguk anak-anaknya. Dia berbual-bual dengan Anuareza dan ibunya  di perkarangan rumahnya. Nek Siah terkilan kerana Syed Mustafa enggan berada lebih lama bersama anak-anaknya dan menyerahkan penjagaan bulat-bulat kepadanya. Syed Mustafa seolah-olah mengambil mudah terhadap kenakalan Syed Fariz. Dia menganggap mencari kekayaan harta benda lebih utama.  Anuareza  menceritakan kisah hidupnya yang ditinggalkan kedua-dua orang tuanya. Kemiskinan hidupnya bertambah apabila rumah kediaman mereka terbakar hingga membawa mereka berpindah balik ke kampung tersebut. Semasa mula-mula berpindah mereka di pandang hina tetapi keluarga Syed Ubaidullah mengambil sikap sebaliknya. Namun Syed Mustafa terus menganggap bahawa dia mesti bekerja keras demi kebahagiaan anak-anaknya.


BAB 11
Watak-watak :      Anuariza, Solehah, Syarifah farizya dan Syed Mustafa
Latar     : Tempat –   Di kebun getah
               Masa  -  Pagi
              
Anuariza termenung setelah selesai membantu ibunya menoreh getah. Anuariza kesal memikirkan sikap Syed Mustaffa yang kurang memberi perhatian terhadap anak-anaknya.  Dia teringat perbualnnya dengan Syarifah Farisya. Syarifah Farisya menceritakan penglibatan Syed Fariz  dalam kumpulan haram serta jenayah ugut dan curi.  Semasa di sekolah lama, Syed Fariz pernha dibelasah ayahnya kerana menyalagunakan ubat batuk. Kecurangan ayahnya turut diceritakan oleh Syarifah Farisya.  Solehah agak terkejut setelah mengetahui tentang kenakalan Syed Fariz. Dia memujuk Anuariza supaya berusaha menyelamatkan Syed Fariz yang semakin tidak terkawal.  Anuariza teringat akan perbualannya dengan Syed Mustafa tentang rancangannya pada masa depan. Anuariza turut teringat pengalamannya semasa kecil ketika bersama-sama ayah angkatnya yang sangat miskin.


BAB 12
Watak-watak :      Nek Siah, Cikgu Borhan, Cikgu Suhaimi, dan Solehah
Latar     : Tempat –   Di pejabat sekolah ; rumah Nek Siah
               Masa  -  Pagi; petang – waktu asar
              
Nek Siah dipanggil oleh pihak sekolah. Nek Siah agak terkejut apabila diberitahu oleh Cikgu Borhan, bahawa Syed Fariz ponteng sekolah selama 30 hari dalam tempoh tiga bulan. Dia juga diberitau tentang cucunya menghilangkan diri dari kelas selepas waktu rehat walaupuj datang pada waktu pagi.  Cikgu Suhaimi turut memaklmkan tentang tidakan disiplin yang telah diambil terhadap Syed Fariz. Penglibatan Syed Fariz dengan kumpulan haram turut diceritakan. Nek Siah berjanji akan menangani masalah tersebut.  Pada sebelah petangnya, Solehah datang dan Nek Siah mencurahkan segala rasa kekecewaan terhadap masalah yang ditimbulkan oleh cucunya.  Dia juga turut kecewa dengan sikap anaknya Syed Mustafa yang dianggap gagal mendidika anak-anaknya dengan baik.



BAB 13
Watak-watak :      Anuariza, Nek Siah, Syarifah Farisya, Azuera dan Solehah
Latar     : Tempat –   ruang tamu banglo Syed Mustafa
               Masa - Lewat malam  

Lewat malam itu, Anuariza, Nek Siah, Syarifah Farisya, Solehah dan Azuera duduk berbincang di ruang tamu tentang Syed Fariz.  Syed Fariz ditahan polis dan dimasukkan ke dalam lokap. Dia dituduh memperkosa Ruhaiza yang kini. Syarifah Farisya sedih mengenangkan keadaan adiknya. Nek Siah cuba menghubungi Syed Mustaffa di rumahnya di Kuala Lumpur,  tapi anaknya masih belum pulang. Hal ini menyebabkan Nek Siah bertambah kecewa. Nek Siah kecewa keranan Syed Mustafa seolah-olah melepaskan tanggungjawab sebagai bapa setelah menghantar anak-anaknya tinggal di desa sedangkan mereka begitu jarang dibawa menziarahi neneknya sebelum ini.


BAB 14
Watak-watak :      Khusyairi,  Nek Siah,Anuariza,  dan Solehah
Latar     : Tempat –   ruang tamu banglo Syed Mustafa
               Masa - Lewat malam 

Tidak lama kemudian Khusyairi muncul di rumah Nek Siah. Dia melahirkan rasa amat kecewanya atas kejadian yang telah berlaku terhadap anak gadisnya, Ruhaiza. Ruhaiza telah dipindahkan ke wad biasa tetapi masih dalam tekanan. Nek Siah melahirkan kesediaannya menanggung segala perbelanjaan rawatan Ruhaiza. Tawaran tersebut ditolak mentah-mentah dengan menganggap tawaran Nek Siah tidak akan dapat memulihkan keadaan Ruhaiza. Dia menyalahkan Syed Mustafa yang dianggapnya gagal mendidik anaknya Syed Fariz. Solehah pula meminta kebenaran untuk membawa anak-anak Khusyari tidur di rumahnya selama  Saliah menjaga Ruhaiza di hospital. 


BAB 15
Watak-watak :      Anuariza, Nek Siah, Syarifah Farisya, Azuera dan Solehah
Latar     : Tempat –   ruang tamu banglo Syed Mustafa
               Masa - Lewat malam 

Syed Mustafa tiba pada pagi keesokan harinya. Dia dan Anuariza pergi menjamin Syed Fariz. Sebaik sampai di rumah,  Syed Mustaffa benar-benar naik angin lalu membelasah anaknya itu walaupun cuba dihalan oleh Azuera dan Nek Siah. Suasana reda dengan kemunculan Anuariza dan Solehah. Syed Fariz naik ke biliknya ditemani Anuariza. Nek Siah menegur cara Syed Mustafa menghukum Syed Fariz. Syed Mustafa pula terus membela diri dengan menyalahkan arwah isterinya terlalu memanjakan Syed Fariz. Di bilik, Anuariza terus memujuk serta memberi semangat kepada Syed Fariz yang hampir putus asa. Anuariza menceritakan pengalaman pahitnya yag serba kekurangan serta dipinggirkan rakan sebaya sewaktu mula-mula berpindah ke kampung.


BAB 16
Watak-watak :      Anuariza dan Syed Mustafa
Latar     : Tempat –   hutan paya tidka jauh dari kampung
               Masa – Pagi hingga tengah hari

Keesokan harinya Syed Mustafa mengikut Anuariza menjerat burung uak-uak.  Sambil menunggu jerat mengena, Anuariza dan Syed Mustafa berbual tentang banyak perkara. Syed Mustafa menceritakan pengalaman remajanya melakukan aktiviti menjerat uak-uak. Mereka juga berbual tentang Syed Fariz dan Syarifah Farisya. Anuariza menjelaskan punca kemarahan anak-anak Syed Mustafa terhadap bapanya. Syed Mustafa menjelaskan bahawa hubungannya dengan seorang wanita muda mendapat restu arwah isterinya. Namun begitu lelaki itu mengakui akan kesilapannya itu. Syed Mustafa menerangkan bahawa sengaja menyibukkan diri bagi melupakan kisah lalu.  Anuariza pula menceritakan punca ibunya, Solehah, tidak suka dia menjadi pelukis. Hari itu Anuariza berjaya menjerat sepuluh ekor burung uak-uak.



BAB 17
Watak-watak :      Syed Mustafa, Khusyairi, Saliah, Azuera dan Syarifah Farisya
Latar     : Tempat –   di Hospital
              
Syed Mustafa bertemu Khusyairi di hospital. Dia memohon maaf atas perbuatan jahat anaknya Syed Fariz. Syed Mustafa mengakui kesilapannya kerana gagal mendidik Syed Fariz dengan baik. Dia berjanji akan membantu bagi meringankan beban Ruhaiza dan keluarganya. Khusyairi keberatan untuk menukarkan Ruhaiza ke sekolah lain. Dia juga memberitahu Syed Mustafa bahawa kes tersebut tidak dibawa mahkamah bagi  menjaga nama baik anak gadis serta keluarganya. Syed Mustafa menyatakan keinginannya mengambil Ruhaiza sebagai anak angkat yang akan dilayan seperti anaknya sendiri.

BAB 18
Watak-watak :      Anuariza, Syed Mustafa dan Nek Siah
Latar     : Tempat –   kebun sayur Anuriza dan beranda banglo  Syed Mustafa
               Masa – pagi

Suatu pagi Syed Mustafa mengikut Anuariza ke kebunnya, ‘Taman Fantasi’. Syed Mustafa kagum dengan pelbagai jenis sayur yang ditanam di kebun tersebut. Selain itu terdapat tanaman pokok naga dan pokok anggur.  Anuariza  menceritakan usaha-usaha yang telah dilakukan bagi menjayakan tanaman tersebut. Semasa di rumah, Syed Mustafa berfikir untuk membantu Anuariza. Dia sedia memanfaatkan tanah pusakanya untuk memenuhi impian Anuariza untuk mengkomersialkan tanaman anggur dan buah naganya. Malah dia sendiri sudah merancang beberapa projek ekonomi berkaitan yang membantu penduduk kampung


BAB 19
Watak-watak :      Syed Mustafa, Nek Siah dan Solehah
Latar     : Tempat –   Pangkin di halaman rumahnya
               Masa – hampir tengah hari

Syed Mustafa kembali menetap di kampung setelah meletakkan semua jawatannya. Hatinya lega setelah Syed Fariz dihantar ke sebuah sekolah kawalan di Ipoh dengan pengawasan Jabatan Kebajikan dan Ruhaiza pula telah keluar dari hospital. Semasa bebrual di halaman rumah, disindir, Nek Siah mendesak Syed Mustafa supaya berkahwin lagi, sebagai pengganti Allayarhamah Jumaimah. Namun Syed Mustafa melahirkan rasa kesal atas sikapnya yang terlalu ikut perasaan muda lalu mengabaikan isterinya yang sedang sakit. Solehah muncul menghantar makanan tengah hari. Nek Siah meminta Solehah masak kuih untuk dibawa menziarahi Ruhaiza di rumahnya petang nanti.


BAB 20
Watak-watak :   Syed Mustafa, Nek Siah, Khusyairi, Saliah, Solehah, Ruhaiza, Syrfah Farisya dan Azuera
Latar     : Tempat –   Pangkin di halaman rumahnya
               Masa – hampir tengah hari

Khusyairi dan isteri menyambut kedatangan keluarga Nek Siah dan Solehah dengan gembira. Mereka merancang untuk mengadakan kenduri doa selamat. Syed Mustafa teringat akan persahabatannya dengan Husyairi dan Allayarham Tamrin semasa awal remaja. Semasa remaja Syed Mustafa punya hubungan perasaan dengan Saliah, tetapi hubungan tersebut gagal apabila Saliah dikahwinkan dengan Khusyairi yang ketika itu bertugas sebagai Askar. Syed Mustafa pula berada di Maktab Perguruan Tanjing Malim. Sementara, Allahyarham Tamrin berhijrah ke kota setelah gagal menjadi askar.  Ruhaiza semakin sihat dan bersedia untuk bersekolah semula.  Dia teringat kejadian dirinya terperangkap muslihat rakan-rakan hingga hampir diperkosa oleh Syed Fariz.


BAB 21
Watak-watak :      Solehah, Syed Mustafa, Nek Siah,  dan Anuariza
Latar     : Tempat –   Pangkin di halaman rumahnya
               Masa – hampir tengah hari

Petang itu Solehah dikunjungi Nek Siah seketika. Solehah dalam dilema. Setelah hampir seminggu, dia masih belum memberi kata putus tentang lamaran Nek Siah. Dia teringat akan segala jasa dan budi baik keluarga Nek Siah terhadapnya sejak dia berhijrah ke kampung itu. Terkenang akan anak-anaknya.  Fikirannya semakin buntu. Lewat petang, Anuariza baru sahaja pulang dari projek pertanian Syed Mustafa. Anuariza perasan akan perubahan ibunya. Dia ingin berkongsi masalah yang dihadapi ibunya, namun  Solehah sukar memberitahu perkara sebenar kepada Anuariza.
BAB 22
Watak-watak :      Anuariza, Solehah, Azuera, Syed Mustafa dan Nek Siah
Latar     : Tempat –   Jalan raya; Halaman rumah Solehah. 
               Masa – pagi – tengah hari.

Anuariza pulang setelah mengambil keputusan STPMnya di sekolah. Dia mencapai kejayaan cemerlang. Dalam perjalanan pulangnya, dia teringat akan susah payah keluarganya menyediakan wang yuran peperiksaan serta pengorbanan Azuera yang menolak tawaran untuk belajar di sekolah berasrama. Di pertengahan perjalanan, rantai basikalnya putus. Sementara itu di rumah, Solehah  gelisah dengan kelewatan anaknya.  Menjelang tengah hari Syed Mustafa muncul dengan keretanya bersama-sama Nek Siah. Kemudian Syed Mustafa keluar semula untuk menjejak Anuariza. Nek Siah menyerahkan kembali geran tanah mentua Solehah yang pernah tergadai kepada keluarganya. Tidak lama kemudian Anuariza sampai bersama-sama Syed Mustafa.


BAB 23
Watak-watak :     Syarifah Farisya, Syed Fariz,  Anuariza, Solehah, Azuera dan Syed Mustafa
Latar     : Tempat –   Bilik Syarifah Farisya; Rumah Solehah. 
                 Masa – 

Syarifah Farisya termenung dan gelisah di dalam biliknya memikirkan rancangan pernikahan bapanya dengan Solehah. Dia meluahkan bantahannya terhadap Syed Fariz. Sebaliknya Syed Fariz  bersetuju dengan keputusan bapanya. Sebenarnya Syarifah Farisya bimbang untuk berpisah dengan Anuariza yang akan melanjutkan pelajarannya. Solehah pula meminta pandangan kedua-dua anaknya tentang rancangan perkahwiannya dengan Syed Mustafa. Anuariza dan Azuera menerma dengan rela hati asalkan mereka tidak diabaikan. Syed Mustafa muncul untuk menentukan tarikh kenduri kahwin mereka. Sebaliknya, Soleha meminta Syed Mustafa mendapat restu anak-anaknya terlebih dahulu.


BAB 24
Watak-watak :     Syed Mustafa, Nek Siah, Anuariza, Solehah, Syed Fariz dan Azuera.
Latar     : Tempat –   Banglo Syed Mustafa 
                 Masa –  Tengah hari

Syarifah Farisya menghilangkan diri dari rumahnya. Hal ini menimbulkan kerisauan kepada seluruh keluarganya. Persoalan tentang punca tindakan Syarifah Farisya turut jadi bahan bualan. Syed Fariz merahsiakan perkar ayang sebenarnya. Anuariza pulang dari pekan. Berdasarkan maklumat polis, semalam Farisya dilihat berada di setesen bas Teluk Intan. Dalam diam-diam, Anuariza ada menerima sehelai catatan daripada Syarifah Farisya sebelum gadis itu menghilangkan diri. Anuariza tidak sangka bahawa selama ini Syarifah Farisya menyimpan perasaan cinta terhadapnya. Gadis itu tidak sanggup menerima Anuariza sebagai abang sekiranya perkahwinan bapanya serta Solehah diteruskan. Tiba-tiba Anuariza menerima panggilan telefon daripada Syarifah Farisya, bahawa dia berada di Kuala Lumpur.



BAB 25
Watak-watak :     Syarifah Farisya, Haji Lokman, Hajah Munirah dan Azrul IskandaLatar     :          
Tempat –   Rumah Haji Lokman di Kuala Lumpur. 
                 Masa – 

Syarifah Farisya berbual-bual dengan Haji Lokman, Hajah Munirah dan Azrul Iskandar. Keluarga Haji Lokman adalah jiran lamanya  manakala isterinya Hajah Munirah rakan baik arwah ibu Syarifah Farisya. Mereka berbual tentang suasana kampung, sekolah baru, tentang rancangan Syed mustafa dan juga Anuariza. Syarifah Farisya amat kecewa dengan sikap menurut perintah Anuariza. Hajah Munirah tawarkan diri untuk menjaga Syarifah Farisya sekiranya gadis itu ingin kembali bersekolah di kuala Lumpur






BAB 26
Watak-watak :     Anuariza dan Syarifah Farisya.
Latar     : Tempat –   Dalam bas dan stesen bas Pudu Raya 
                 Masa –   Malam

Anuariza menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk menjemput Syarifah Farisya pulang, atas pemintaan gadis tersebut. Dia teringat akan hubunga akrabnya dengan Syrifah Farisya. Dia juga teringat akan luahan perasaan gadis itu semasa dia menghubunginya melalui telefon. Dia tiba di Pudu Raya lebih pukul 10.00 malam. Syarifah Farisya datang menjemputnya. Anuariza dibawa bermalam di rumah haji Lokman meskipun Anuariza agak keberatan.


BAB 27
Watak-watak :     Syarifah Farisya, Anuariza, Haji Lokman, Hajah Munirah dan Azrul Iskandar
Latar     :    Tempat –   Rumah Haji Lokman di Kuala Lumpur. 
                 Masa –  pagi

Syarifah Farisya memperkenalkan Anuariza kepada Haji Lokman dan hajah Munira semasa bersarapan pagi. Malam tadi mereka tidak sempat berkenalan kerana pasangan tersebut ada urusan di luar dan lewat balik. Haji Lokman lebih menumpukan perbualan tentang dunia lukisan Anuariza. Pasangan tersebut mengagumi ketaatan Anuariza terhadap ibunya.  Anauriza sempat mempelawa pasangan suami isteri itu mengunjungi kampungnya.


BAB 28
Watak-watak :     Solehah serta anggota keluarga barunya.
Latar     :    Tempat –   Banglo Syed Mustafa. 
                 Masa –  petang (lepas zohor)

Majlis pernikahan Syed Mustafa dengan Solehah berlangsung sederhana. Majlis kenduri kesyukuran yang diadakan selepas tiga hari kemudian di banglo Syed Mustafa berlangsung dengan meriah. Ramai penduduk kampung serta rakan sekolah Syed Fariz datang membantu. Majlis tersebut diadakan setelah segala masalah yang melanda keluarga tersebut selesai dengan baik. Atas nasihat Anuariza semasa perjalanan pulang, Syarifah Farisya turut berjanji tidak akan melayani perasaan bagi menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Solehah tetap berhari-hati terhadap pergaulan antara anak-anaknya dengan anak-anak Syed Mustafa. Petang itu mereka dikunjungi tetamu.


BAB 29
Watak-watak :     Keluarga Solehah, keluarga Syed Mustafa dan keluarga Haji Lokman
Latar     :    Tempat –   Rumah Haji Lokman di Kuala Lumpur. 
                 Masa –  petang

Keluarga Haji Lokman mengunjungi banglo Syed Mustafa. Mereka sampai setelah majlis kenduri selesai. Kehadiran mereka disambut mesra. Haji Lokman mengusik Syed Mustafa sebagai pengantin baru. Syarifah Farisya mengakui di hadapan Hajah Munirah akan kesilapannya tempoh hari. Dia sudah sedia menerima Solehah dengan sepenuh hati. Syed Mustafa menjelaskan tentang pengaruh Anuariza terhadap perkahwinannya. Dia juga berharap Solehah dapat menggantikan tempat arwah isterinya dahulu. Tidak lama kemudian Azuera membawa hidangan minum petang. Kedua-dua keluarga saling berkenalan.


BAB 30
Watak-watak :     Keluarga Solehah, keluarga Syed Mustafa dan keluarga Haji Lokman
Latar     :    Tempat –   Taman Landskap Anuariza. 
                 Masa –  pagi

Selepas solat subuh, Syed Mustafa membawa tetamu-tetamunya melawat taman landskap Anuariza. Keluarga Haji Lokman mengagumi usaha anak muda yang gigih itu. Banyak pertanyaan dikemukakan oleh Haji Lokman terhadap Anuariza tentang hasil tanamannya. Syed Mustafa melahirkan hasratnya untuk memajukan lagi usaha Anuariza. Solehah terharu dengan rancangan suaminya itu. Mereka bersepakat untuk mengembangkan lagi usaha Anuariza.

Friday, October 22, 2010

BERITA KEPADA KAWAN/EBIET G.ADE

Sastera sebagai institusi. Barang kali sudah sampai masanya untuk kita beranjak fikir untuk menolak keluar sastera daripada institusi-intitusi yang sekian lama mendukunginya. Sebaliknya konsep sastera tanah air itu perlu berdiri sendiri sebagai institusi yang memainkan peranan dalam membina kehidupan sama ada sebagai seorang individu mahu pun komuniti berbudaya.